Home Sukan IMPIAN PEMINAT UNITED POTONG RAMBUT TERTANGGUH

IMPIAN PEMINAT UNITED POTONG RAMBUT TERTANGGUH

191
0

LONDON: Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian penyokong tegar Manchester United, Frank Ilett terpaksa kembali ke titik permulaan selepas keputusan seri 1-1 menentang West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, menafikan hasratnya untuk memotong rambut buat kali pertama sejak Oktober 2024.

Ilett berikrar tidak akan memotong rambut sehingga United mencatat lima kemenangan berturut-turut dan kunjungannya ke kedai gunting rambut semakin hampir selepas pengurus sementara, Michael Carrick mengemudi Red Devils meraih empat kemenangan berturut-turut.

Tindakan unik Ilett itu menarik perhatian global, seolah-olah mencerminkan prestasi tidak menentu United sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah dia kini memiliki 1.4 juta pengikut di laman Instagram.

“Carrick pegang stereng! Rambut ini akan dipotong tidak lama lagi, West Ham seterusnya, empat daripada lima sudah selesai, ini kali pertama empat berturut-turut sejak saya mulakan cabaran ini. Kali ini, ia pasti berlaku,” kata Ilett kepada pengikutnya sebelum United bertandang ke London.

Ilett mengakui dia tidak menyangka rambutnya akan tumbuh sepanjang itu ketika kelab mengharungi tempoh sukar.

“Saya fikir ia cuma beberapa bulan dan sekadar gurauan,” katanya kepada ESPN.

“Ia sekadar cara untuk menyebarkan sedikit kegembiraan kepada penyokong Manchester United ketika tempoh yang mencabar.”

Namun dia kini terpaksa bermula semula dengan United bakal mengharungi lima perlawanan seterusnya menentang Everton (tempat lawan), Crystal Palace (laman sendiri), Newcastle United (tempat lawan), Aston Villa (laman sendiri) dan Bournemouth (tempat lawan). – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here