Home Buletin Semasa IMEDIKEL – YPU KONGSI SKOP SEBENAR PEMBUATAN PRODUK OEM

IMEDIKEL – YPU KONGSI SKOP SEBENAR PEMBUATAN PRODUK OEM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA TERENGGANU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menganjurkan Sesi Konsultansi & Taklimat: Transformasi Usahawan Dari OEM ke Pasaran bertempat di Pusat Dagangan Terengganu, baru-baru ini.

Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan & Pemasaran Korporat IMPHB, Mohd Firdaus Mohamed Yusoff  berkata program itu diadakan khusus untuk membantu usahawan Terengganu memahami secara terperinci proses pengilangan OEM dalam membangunkan produk jenama sendiri, selain memberikan pendedahan tentang peluang bantuan dan dana perniagaan yang disediakan oleh YPU.

“Saya mewakili syarikat IMPHB menyampaikan sesi perkongsian yang merangkumi tatacara pembuatan produk, konsep pembangunan produk, trend semasa dalam industri serta garis panduan penting sebelum memasuki pasaran.

“Alhamdulillah, program yang berlangsung selama sehari itu menarik penyertaan hampir 100 usahawan daripada pelbagai latar belakang perniagaan, menggambarkan minat tinggi terhadap peluang memperkukuh jenama melalui pengilangan OEM,”katanya.

Sementara itu. menurut Pengurus Kanan Korporat YPU, Ahmad Shabirin Awalludin, pembabitan IMPHB sebagai pemain industri pembuatan amat dialu-alukan kerana ia memberi pendedahan sebenar kepada usahawan mengenai skop pembuatan dan kaedah yang tepat dalam membangunkan produk.

Beliau turut berharap agar kerjasama strategik antara IMPHB dan YPU dapat diteruskan dalam program-program akan datang bagi memperkasa lebih ramai usahawan di negeri Terengganu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here