Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMedikel) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Bio-Natural Islam (BioNis) Malaysia dalam usaha untuk membangunkan produk makanan tambahan (supplemen) yang berasaskan herba pertama di bawah IMedikel.
Presiden Persatuan BioNis Malaysia, Dr Rais Abdullah, berkata MoU tersebut adalah salah satu inisiatif bagi membantu usahawan di bawah Persatuan BioNis.

“Tujuan hari ini yang kami datang ke sini untuk sign MoU bersama dengan IMedikel Pharma Holding Berhad, berkaitan dengan pengilangan produk dan untuk membantu usahawan-usahawan yang mana yang di bawah persatuan kami.
“Produk yang dimaksudkan adalah produk supplemen dan juga nutrisi. Salah satunya adalah produk, RS24,”katanya ketika ditemui di Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di antara IMedikel dan Persatuan BioNis Malaysia, di Wisma IMedikel Telipot, di sini, pada Isnin.
Dr Rais berkata pihaknya bekerjasama dengan IMedikel memandangkan ia mempunyai kilang bertaraf Good Manufacturing Services atau GMP Malaysia (Amalan Perkilangan Baik) iaitu satu sistem bagi memastikan penghasilan produk yang terkawal dan konsisten mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan.

“Kalau kita tengok, terdapat kira-kira 78.68 peratus kedudukan penduduk negara kita ini menggunakan supplemen. Tetapi apa yang kita nampak sekarang ini produk yang dikeluarkan tidak mengikut Tatacara pengendalian piawai (SOP) makmal yang betul.
“Sebab tu kita buat satu MoU dengan syarikat yang berkualiti dan berdaftar.
“Kadang-kadang bukan senang hendak mendapatkan satu syarikat pengilangan. Jadi, salah satu tujuan kenapa kita nak usaha mencari syarikat yang mempunyai makmal yang betul.
“Kalau kita katakan pasal herba ni satu-satu yang bagi banyak faedah kepada orang ramai. Tapi disebabkan tak ada proper lab, dia juga jadi racun kepada orang ramai, itu yang kita nak kawal,”katanya.
Sementara itu, Presiden IMedikel, Yusmat Mamat berkata dengan menandatangani MoU tersebut menjadikan kerjasama lebih kukuh di masa akan datang.

“Ini adalah kerjasama yang pertama bagi saya yang menggunakan herba di antara syarikat Biois dengan IMedikel.
“Kita mengalu-alukan pihak luar terutamanya pihak kerajaan ataupun swasta yang ingin bekerjasama untuk membangunkan produk berasaskan herba ataup farmaseutikal,”katanya.
Menurutnya, usaha untuk membangunkan produk berasaskan herba tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Sekarang kita akan daftarkan produk di bawah rangkaian BioNis dengan kilang kita dalam masa terdekat.
“Saya berharap projek ini berkekalan sehingga dapat mencapai impian kedua-dua pihak. InsyaAllah,”katanya.
IMedikel TV






