Home Sukan IBU PEMAIN BOLA SEPAK LIVERPOOL LUIS DIAZ DISELAMATKAN DARIPADA DICULIK,BAPA MASIH HILANG

IBU PEMAIN BOLA SEPAK LIVERPOOL LUIS DIAZ DISELAMATKAN DARIPADA DICULIK,BAPA MASIH HILANG

BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro semalam berkata ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, tetapi pegawai masih mencari bapanya yang hilang.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pejabat Peguam Negara Colombia, berkata mereka mengumpulkan sepasukan penyiasat untuk mencari pasangan itu di Barrancas, sebuah perbandaran di wilayah La Guajira di utara Colombia.

Polis negara itu turut mengesahkan ibu Diaz, Cilenis Marulanda, sudah diselamatkan dan wanita itu sudah dengan Pengarah, William Rene Salamanca.

Kelab Liga Perdana Liverpool menandatangani pemain sayap Colombia, Diaz dalam perjanjian berjuta-juta dolar pada Januari 2022. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here