Home Hiburan IBU ELFIRA LOY MENINGGAL DUNIA

IBU ELFIRA LOY MENINGGAL DUNIA

Kuala Lumpur: Pelakon Elfira Loy berkongsi khabar duka pemergian ibu tercinta, Filzah Yusoff, 61, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Berita duka itu dimaklumkan Elfira atau nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, menerusi hantaran di Instagram (IG).

Menerusi hantaran itu, Elfira menyatakan jenazah arwah ibunya sedang diuruskan sebelum dibawa ke Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, di sini, hari ini.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Hajah Filzah Yusoff, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” kongsinya.

Pada hantaran sama, Elfira turut memohon orang ramai mendoakan agar dosa arwah diampuni Allah SWT, selain ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima amal ibadatnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat seluruh keluarga. Amin ya Rabbal ‘alamin,” tulis Elfira.

Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadual dijadual menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi.

Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar prosedur itu berjalan lancar.– Harian Metro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here