Home Buletin Semasa HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI EMPAT NEGERI

HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI EMPAT NEGERI

174
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) di empat negeri selama empat hari bermula 4 hingga 6 Januari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat termasuk Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu.

Di Kelantan, sebanyak sembilan daerah dilanda hujan berterusan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Pahang pula membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Amaran sama turut dikeluarkan di seluruh Terengganu.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai agar melayari laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan bagi mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini.

Bagi sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi talian 1-300-22-1638.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here