Home Buletin Semasa HUJAN BERTERUSAN DIJANGKA LANDA TIGA NEGERI BERMULA 28 HINGGA 31 DISEMBER

HUJAN BERTERUSAN DIJANGKA LANDA TIGA NEGERI BERMULA 28 HINGGA 31 DISEMBER

129
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Sabah bermula 28 hingga 31 Disember.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Terengganu manakala di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai pada 29 hingga 31 Disember.

Di Sabah pula, amaran hujan bereterusan dijangka berlaku bermula 28 hingga 30 Disember melibatkan kawasan pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here