Home Sukan HEE CHAN HUKUM KESILAPAN BURNLEY

HEE CHAN HUKUM KESILAPAN BURNLEY

WOLVERHAMPTON, England: Hwang Hee Chan menggunakan kesempatan susulan kesilapan lawan bagi membantu kemenangan 1-0 Wolverhampton Wanderers ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Molineux awal pagi tadi yang menyebabkan pelawat terdampar di zon penyingkiran.

Memetik laporan AGENSI melalui berita harian,Wolves dihadiahkan gol kemenangan tiga minit sebelum rehat ketika Burnley cuba melakukan gerakan serangan dari bawah.

Apabila Sander Berge kehilangan bola, Matheus Cunha mengumpan kepada Hee Chan yang menyumbat gol kelapan liga pada kempen kali ini dengan penamat mudah.

Ia perlawanan yang tidak banyak menghasilkan peluang dan ketika tuan rumah menyempurnakan peluang terbaik, penjaga gol Wolves, Daniel Bentley menyelamatkan dua percubaan untuk menafikan Jay Rodriguez dan Josh Brownhill dalam selang beberapa minit pada babak pertama.

Wolves melonjak ke tangga ke-12 kedudukan liga dengan 18 mata daripada 15 perlawanan manakala Burnley, yang hadir selepas mencatat kemenangan terbesar mereka dalam era EPL sesudah membenam pasukan tercorot Sheffield United 5-0 hujung minggu lalu, kekal di tangga ke-18 dengan tujuh mata daripada 15 perlawanan.

Burnley tidak meraih sebarang mata selepas ketinggalan musim ini, satu-satunya kelab EPL masih belum melakukannya dan hakikatnya mereka tidak mencipta banyak peluang untuk berhak meraih mata selepas dibolosi gol awal. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here