Home Buletin Semasa HAWANA 2025: PROFESION WARTAWAN TERUS DIMARTABAT, SEIRING CABARAN AI

HAWANA 2025: PROFESION WARTAWAN TERUS DIMARTABAT, SEIRING CABARAN AI

382
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang memasuki edisi kelima tahun ini melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

HAWANA 2025 terus menjadi platform bagi memartabatkan profesion kewartawanan selain menjadi pemangkin kepada transformasi media yang lebih progresif dan proaktif serta bertanggungjawab.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya, berkata HAWANA menjadi simbol pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting pengamal media dalam membentuk masyarakat berinformasi.

Dalam ucapannya, Fahmi berkata dengan tema Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika, pengamal media perlu menyampaikan informasi tanpa mengabaikan etika kewartawanan.

“Tema ini menekankan kepentingan menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan atau AI dalam dunia kewartawanan tanpa mengabaikan prinsip etika, ketepatan maklumat dan tanggungjawab sosial,”katanya dalam ucapan di Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025, di Dewan Merdeka WTCKL, di sini, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here