Oleh: NurAthirah Azman@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala RON97 naik tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan turut memaklumkan, bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.81 manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kesemua harga ini berkuatkuasa bermula hari ini hingga 25 Jun nanti.
“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun tahun laluiaitu RM3.35 seliter,” jelas kenyataan itu pada Rabu.
Pada masa sama, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelarasharga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan menyokong kestabilan harga.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelasnya.
IMedikel TV






