Home Luar Negara HAMAS MEMIKUL ‘TANGGUNGJAWAB PENUH’ UNTUK KEMATIAN DI GAZA – AS

HAMAS MEMIKUL ‘TANGGUNGJAWAB PENUH’ UNTUK KEMATIAN DI GAZA – AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata, Hamas bertanggungjawab penuh atas serangan udara besar-besaran Israel, dengan berkata pihak berkenaan boleh menerima cadangan lanjutan gencatan senjata oleh utusan khas AS, Steve Witkoff.

“Hamas memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk perang, dan untuk menyambung semula permusuhan,” kata jurucakap Jabatan Negara AS.

“Setiap kematian pasti dan boleh dielakkan sekiranya Hamas menerima cadangan ‘jambatan’ yang ditawarkan Witkoff pada Rabu lalu.”

Ia merujuk kepada idea daripada Witkoff, rakan Presiden Donald Trump, untuk memudahkan Israel dan Hamas ke arah melanjutkan gencatan senjata.

Israel berkata, ia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan pertempuran untuk membebaskan saki-baki tebusan yang dirampas pada 7 Oktober 2023.

“Hamas sedang menangguhkan perjanjian yang menarik di hadapan kita dan memaksa rakyat Palestin menanggung akibatnya,” kata jurucakap Jabatan Negara AS.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Brian Hughes sebelum ini berkata: “Hamas boleh membebaskan tebusan untuk melanjutkan gencatan senjata tetapi sebaliknya memilih penolakan dan perang.”

Pentadbiran Trump menyokong teguh Israel, yang meneruskan operasi ketenteraannya walaupun mendapat kecaman daripada masyarakat antarabangsa. -AFP, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here