Home Luar Negara GURU TADIKA MAUT DITEMBAK DI CHONBURI, SUAMI SUSPEK

GURU TADIKA MAUT DITEMBAK DI CHONBURI, SUAMI SUSPEK

CHONBURI: Sebuah tadika di daerah Bang Lamung di sini ditutup selepas seorang guru maut ditembak, dipercayai oleh suaminya yang juga anggota polis pada Rabu, menurut Polis Diraja Thailand.

Memetik laporan Bernama menerusi harian Metro, Ketua Balai Polis Bang Lamung Kol Polis Sarawut Nuchanart berkata kejadian berlaku di Tadika Perbandaran Nong Pla Lai kira-kira 11 pagi selepas suspek memasuki sekolah itu dan menembak isterinya yang bertugas sebagai guru di situ.

Sarawut berkata suspek melarikan diri selepas kejadian, manakala kesemua 44 kanak-kanak di tadika itu dipindahkan ke tempat selamat.

“Suspek dilaporkan melarikan diri ke rumahnya di sebuah kawasan perumahan berhampiran selepas kejadian sebelum polis berjaya memujuknya menyerah diri,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sarawut berkata mayat guru berusia 48 tahun itu yang mengalami kesan tembakan berhampiran telinga kirinya ditemukan di dalam kantin sekolah. 

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian selepas mengumpulkan bukti dan mengambil keterangan saksi.

Kejadian itu adalah yang terbaharu dalam siri insiden tembakan di Thailand, beberapa minggu selepas insiden tembakan yang meragut sembilan nyawa di Sekolah Debsirin Nonthaburi pada 7 Ogos, insiden Presiden Pertubuhan Pentadbiran Wilayah (PAO) Nonthaburi yang didakwa ditembak pada 10 Ogos serta insiden tembakan pada acara beli-belah di daerah Dan Khun Thot pada 13 Ogos yang menyebabkan enam orang cedera. – BERNAMA, HMetro Onlinhe –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here