Home Sukan GUARDIOLA BIMBANG ANCAMAN EVERTON

GUARDIOLA BIMBANG ANCAMAN EVERTON

251
0

LONDON: Pep Guardiola berkata Manchester City tidak boleh memandang enteng cabaran Everton ketika mereka berusaha untuk kembali merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) di sebalik rekod menggerunkan menentang The Toffees akhir-akhir ini.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Anak buah Guardiola, yang memburu kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan, sudah menang 11 dan seri dua kali dalam 13 perlawanan terakhir menentang Everton, yang kali terakhir menang pada 2017.

Everton hanya menang sekali dalam 10 perlawanan bagi semua pertandingan dan kini berada di zon penyingkiran.

Namun Guardiola pernah mengharungi memori mengecewakan apabila Everton memaksa keputusan seri 1-1 di City musim lalu dan menggesa pemainnya supaya tidak mengambil mudah perlawanan malam ini.

“Pagi esok kami bangun dan terus bermain bola sepak pada jam 12.30 tengah hari (8.30 malam waktu Malaysia), jadi kami perlu bersedia,” katanya lewat malam tadi.

“Sejak hadir, Everton sering meraih keputusan baik di sini. Saya tidak tahu kenapa, mungkin kerana mereka bagus. Jadi kami perlu bersedia sebaik mungkin.

“Harapnya semuanya memihak kepada kami kerana musim lalu kami tidak mampu menang.”

Kemenangan buat City akan melonjakkan mereka mengatasi Liverpool di puncak carta liga, sekurang-kurangnya buat sementara, dengan anak buah Jurgen Klopp akan melayan kunjungan Burnley lewat malam ini.

Everton tidak menang aksi EPL sejak Disember lalu dan berdepan perjuangan untuk mengelak penyingkiran selepas ditolak 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan.

The Toffees dilanda satu lagi pertuduhan kewangan yang mungkin menyaksikan hukuman lagi, menyebabkan bos Sean Dyche mempersoalkan kenapa kes kelabnya ditangani dengan lebih cepat berbanding City.

City didakwa dengan 115 pelanggaran peraturan kewangan EPL 12 bulan lalu namun kes mereka masih belum didengari. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here