Home Sukan GOL HAVERTZ JULANG GUNNERS KE PUNCAK EPL

GOL HAVERTZ JULANG GUNNERS KE PUNCAK EPL

183
0
Soccer Football - Premier League - Brentford v Arsenal - Brentford Community Stadium, London, Britain - November 25, 2023 Arsenal's Kai Havertz celebrates scoring their first goal with teammate Eddie Nketiah Action Images via Reuters/Andrew Couldridge NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR 'LIVE' SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 45 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. TPX IMAGES OF THE DAY

LONDON: Kai Havertz membantu Arsenal melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika gol lewat pemain Jerman itu memastikan kemenangan 1-0 di Brentford awal pagi tadi.

Havertz adalah wira final Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada tahun 2021, namun dia mengharungi detik sukar sejak menyertai Arsenal pada hujung musim lalu.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu akhirnya membuktikan kenapa Mikel Arteta sanggup berbelanja £65 juta (RM383 juta) untuk mengikatnya apabila dia menanduk masuk seminit sebelum tamat.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Gol kedua Havertz buat Arsenal adalah yang pertamanya dalam 10 penampilan terakhir, meletakkan pasukannya satu mata di depan pasukan tangga kedua Manchester City, yang terdahulu dipaksa seri 1-1 oleh pasukan tangga ketiga Liverpool.

“Itulah perkara yang indah mengenai kehidupan. Apabila anda berdepan cabaran dan anda perlu menanganinya, ia menjadikan saat-saat ini lebih mengujakan,” kata Arteta.

“Itulah sebabnya mereka memberikan reaksi sebegitu terhadapnya hari ini. Ia kerana dia seorang yang dipuja dan seronok bekerja dengannya. Dia berhak berbanding sesiapa untuk mendapatkan kemenangan ini.”

Kemenangan ketiga berturut-turut Arsenal dalam semua pertandingan membuktikan mereka sudah melupakan kekecewaan susulan kekalahan kontroversi dibantu VAR di Newcastle awal bulan ini.

Arsenal sudah menang di Stadium Komuniti Gtech dalam Piala Liga pada September lalu dan mereka memerlukan saat-saat akhir sebelum pulang dengan kejayaan dari barat London.

“Saya sukakan kemenangan dan kami kini berada di puncak liga. Inilah tempat yang kami idamkan,” kata Arteta.

“Apabila anda mempunyai peluang anda perlu mengambilnya sebaik mungkin.

“Saya benar-benar ingin tahu bagaimana pasukan akan melakukannya. Musim sejuk sudah bermula, ia amat sejuk dan sukar untuk bertandang ke Brentford. Saya suka cara pasukan ini bersaing.”

Ketika penjaga gol pinjaman Arsenal, David Raya tidak boleh beraksi menentang kelab induknya, Aaron Ramsdale turun dalam kesebelasan utama kali pertama dalam liga sejak 3 September lalu.

Namun paling mencuri tumpuan kelibat Havertz yang tampil dari bangku simpanan sebelum memenangi perlawanan itu dengan jaringan pada minit ke-89.

Hantaran lintang Bukayo Saka menemui Havertz di sebelah kiri pintu gol Brentford dan pemain Jerman itu menanduk masuk melepasi penjaga gol Mark Flekken ketika Arteta melompat kegirangan di tepi padang. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here