Home Buletin Semasa GEMPA BUMI MAGNITUD 2.8 DIKESAN DI JOHOR, GEGARAN DIRASAI DI EMPAT NEGERI

GEMPA BUMI MAGNITUD 2.8 DIKESAN DI JOHOR, GEGARAN DIRASAI DI EMPAT NEGERI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 skala Richter dikesan berlaku di 28 kilometer barat laut Kluang, Johor pada jam 9 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu berpusat di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau situasi tersebut dan menggesa orang ramai yang merasai gegaran supaya mengisi borang soal selidik di pautan berikut https://forms.gle/wnvUfvdCEs9k64Uv5.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here