Home Sukan GIGIO MAKIN HAMPIR KE ETIHAD

GIGIO MAKIN HAMPIR KE ETIHAD

LONDON: Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi bersama Manchester City.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, bintang Itali berusia 26 tahun itu dianggap antara penjaga gol terbaik dunia tetapi kini disisihkan daripada pasukan utama PSG.

Laporan dari Perancis mendakwa dia diketepikan daripada sesi latihan selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan Lucas Chevalier, pembelian bernilai £48 juta (RM273 juta) dari Lille, akan menjadi penjaga gol utama baharu kelab.

Walaupun memainkan peranan penting dalam kejayaan musim lalu, bekas bintang AC Milan itu dinasihatkan supaya mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Donnarumma seakan mengesahkan perpindahan yang akan berlaku apabila dilihat mengucapkan selamat tinggal penuh emosi kepada penyokong ultras PSG di Parc des Princes, Jumaat lalu.

Menurut wartawan pakar perpindahan Fabrizio Romano, penjaga gol itu kini selangkah lebih dekat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris selepas bersetuju menyertai City.

PSG dan City juga sedang berbincang mengenai yuran perpindahan, dengan jumlah dijangka lebih rendah daripada permintaan awal £43.3 juta (RM246 juta) oleh kelab Perancis itu.

Namun perpindahan Donnarumma ke Etihad turut bergantung kepada masa depan Ederson, yang kini menarik minat Galatasaray.

Di tengah-tengah spekulasi mengenai statusnya, penjaga gol Brazil itu diletakkan di bangku simpanan ketika kekalahan 0-2 di tangan Tottenham kelmarin.

Pemain baharu musim panas ini, James Trafford diturunkan dalam kesebelasan utama seakan mengesahkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu mengatasi Ederson.

Bagaimanapun, tidak seperti penampilan sulungnya menentang Wolves, Trafford gagal menyerlah dan dipersalahkan susulan gol kedua Spurs. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here