Home Hiburan FITNAH TERHADAP SAYA MAKIN MELAMPAU – FATTAH AMIN

FITNAH TERHADAP SAYA MAKIN MELAMPAU – FATTAH AMIN

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin kesal dengan tindakan seorang pemilik akaun di platform Threads yang didakwa melemparkan pelbagai fitnah terhadapnya, sejak beberapa tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Fattah mendakwa pemilik akaun terbabit kerap mencetuskan pelbagai provokasi dengan cerita yang tidak benar mengenai dirinya.

“Sebenarnya saya tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini awak cipta.

“Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini sudah semakin melampau,” katanya pada entri yang dimuat naik di Threads, semalam.

Fattah yang berusia 36 tahun itu mendakwa, antara lain dia difitnah mengenai perkara yang berkaitan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Tambah Fattah, laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat, namun, mendakwa masih belum ada tindakan selanjutnya daripada pihak berkenaan.

“Saya sudah lama laporkan akaun awak ini pada PDRM dan SKMM sebab sudah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah ini.

“Tetapi, sampai sekarang masih tiada tindakan. Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun ini.

“Jadi, mungkin sudah sampai masa kita gunakan butang ‘report’ ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud di kalangan masyarakat kita,” tulisnya.

Fattah menyifatkan tindakan pemilik akaun terbabit akan memecahbelahkan keharmonian rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun. Malah, katanya, sebagai orang Islam, fitnah dilarang. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here