Home Sukan FFP HALANG MAN UNITED BELI PENYERANG

FFP HALANG MAN UNITED BELI PENYERANG

174
0

LONDON: Erik ten Hag berkata peraturan Fair Play Kewangan (FFP) akan menghalang Manchester United menandatangani penyerang baharu pada jendela perpindahan bulan ini.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kekosongan ditinggalkan Anthony Martial di posisi itu kerana kecederaan pangkal paha sehingga April memerlukan United mencari penyerang baharu, sebaliknya Ten Hag terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan pemain dalam skuadnya.

Ia susulan peraturan kelestarian dan keuntungan liga yang memerlukan setiap pasukan mematuhi had perbelanjaan skuad mereka.

“Saya sudah melihat tetapi tiada ruang. Tiada ruang dalam FFP untuk menambah kualiti di posisi penyerang.

“Sudah tentu (Marcus) Rashford boleh bermain sebagai penyerang, kita juga ada alternatif lain, kreatif.

“Anthony tidak dapat beraksi untuk beberapa bulan. Jelas sekali skuad kami tempang,” kata Ten Hag.

Fokus terdekat United kini ialah pertembungan pusingan keempat Piala FA bertemu Newport – satu-satunya kejohanan yang mampu memberikan trofi buat Ten Hag musim ini. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here