Home Buletin Semasa FAMA KELANTAN JANGKA PENGELUARAN 170 TAN METRIK TEMBIKAI BULAN RAMADAN

FAMA KELANTAN JANGKA PENGELUARAN 170 TAN METRIK TEMBIKAI BULAN RAMADAN

153
0

Oleh: Afrizam Ariff@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan menjangkakan pengeluaran sebanyak 170 tan metrik tembikai wangi untuk pasaran dalam dan luar negeri yang diperolehi daripada peserta di Kampung Banggol, di sini

Pengarahnya, Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata, daripada jumlah itu FAMA akan membuat pembelian sebanyak 26 tan metrik, manakala 144 tan metrik tan daripada Rakan Pemasaran Kontrak Pemasaran (RPKP).

Katanya, buah tersebut untuk pasaran Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, selain di negeri ini sendiri.

“Tembikai ini dibeli daripada 31 peserta komoditi di kampung berkenaan bermula esok sehingga 25 Mac ini.

“Kita tahu tembikai sentiasa mendapat permintaan tinggi pada bulan puasa dan FAMA sentiasa mengambil langkah untuk membantu peserta bagi tujuan pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Jual Beli Tembkai Wangi Peserta Ladang Kontrak Projek Kampung Banggol di sini, semalam.

Menurut, Wan Faizatul Aniza, pada setiap tahun FAMA membuat pembelian buah tembikai mengikut tempoh tertentu yang bermula pada 2002 dan juga merupakan program tahunan.

Menurutnya menerusi MoU itu sekali gus dapat membantu peserta dengan membeli buah itu mengkut harga lantai, selain bergantung kepada keperluan pasaran semasa.

“Projek ini juga dapat membantu peserta dalam pengeluaran hasil untuk pasaran secara berjadual dan berterusan.

“Selain itu, menjadi platform dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di bawah komponen makanan segar, disamping meningkatkan pendapatan peserta program,” katanya

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here