Home Buletin Semasa 23 NELAYAN ASING DITAHAN CEROBOH PERAIRAN TOK BALI

23 NELAYAN ASING DITAHAN CEROBOH PERAIRAN TOK BALI

166
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menahan 23 nelayan asing warga Vietnam bersama dua bot dan barangan rampasan bernilai RM3 Juta.

Pengarahnya, Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, kejadian itu berlaku pada kedudukan lebih kurang 160 hingga 162 batu nautika dari muara Tok Bali, pada sabtu.

“Awalnya kesemua bot tidak memberi kerjasama yang baik dan cuba melarikan diri sehingga ke sempadan sehingga memaksa kapal penguatkuasa menghimpit dan melakukan “force bording” sebelum kesemua bot berhenti dan akur untuk diperiksa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media penahanan dua bot nelayan asing Vietnam di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua tangkapan berusia 16 hingga 55 tahun ditahan oleh kapal milik agensi yang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam pada Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris.

Jelas beliau, bot pertama ditahan pada jam 11.28 pagi dan diikuti bot kedua jam 12.14 tengah hari.

Menurutnya, selain dua buah bot tersebut, pihaknya juga merampas kira-kira 1,000 kilogram hasil laut, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta bekalan diesel 2,500 litre.

“Kapal penguatkuasa mengambil masa lebih kurang 35 jam untuk mengiringi kesemua bot tahanan sebelum kapal penguatkusa dan semua bot tahanan tiba ke jeti pada jam 11 malam ahad lepas.

“Kesemua bot melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara dan disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, kesemua mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here