Home Hiburan FAD BOCEY PENYAMPAI BAHARU MORNING MORNING SURIA

FAD BOCEY PENYAMPAI BAHARU MORNING MORNING SURIA

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Fad Bocey, 34, kini menyertai stesen radio Suria FM sebagai penyampai baharu segmen Morning Morning Suria bermula hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan Suria FM, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam akan bergandingan bersama Ajak setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Memetik laporan Harian Metro gandingan baharu itu akan membawakan kombinasi energi dan elemen hiburan yang dapat menyuntik nafas baharu dalam segmen pagi Suria.

Sementara itu, Kai Hassan kini kembali bersama Chiwan dalam Segmen Suria Petang setiap Isnin hingga Jumaat dari Jam 3 petang hingga 7 malam.

Terdahulu, penyampai segmen Suria Petang, Suraya Borhan meninggalkan stesen itu apabila kontraknya berakhir bulan ini.

Selain Suraya, Datuk Fizz Fairuz yang juga pelakon turut memaklumkan kontraknya bersama stesen itu berakhir sebagai penyampai radio pada 18 Julai lalu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here