LIVERPOOL: Jarrad Branthwaite menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94 bagi membantu Everton yang diancam penyingkiran meraih satu mata berharga.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Everton berjaya meraih satu mata berharga ketika menentang Tottenham Hotspur di laman sendiri dengan keputusan 2-2 sekali gus keluar daripada kelompok tiga terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Richarlison yang mencuri tumpuan di Goodison Park, meledak dua gol pada babak pertama dan jaringannya itu tampak memihak kepada kemenangan Tottenham.
Jack Harrison menjaringkan gol pada minit ke-30 selepas Spurs tampak kurang menyengat pada babak kedua sekali gus menaikkan semangat mereka untuk terus mencipta jaringan.
Usaha berkenaan berhasil menerusi Richarlison pada minit ke-94.
Spurs pada ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta dengan 44 mata daripada 23 perlawanan, manakala Everton 19 mata (di kedudukan ke-18). – REUTERS,BH Online-
Imedikel TV






