Home Hiburan ELISYA SANDHA KETEPIKAN SEMENTARA IMPIAN, BERI TUMPUAN PADA KELUARGA

ELISYA SANDHA KETEPIKAN SEMENTARA IMPIAN, BERI TUMPUAN PADA KELUARGA

19
0

KUALA LUMPUR: Menjadi ibu pada usia muda pastinya menuntut pengorbanan besar, dan itulah yang dirasai oleh pelakon, Elisya Sandha apabila mengetepikan seketika keinginan peribadi demi membesarkan cahaya matanya.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 27, berkata, antara cabaran utama yang dihadapinya adalah apabila dia terpaksa melupakan impian atau perancangan gaya hidup yang pernah diidamkan sebelum ini.

“Mungkin kita ada impian tersendiri yang mahu dicapai. Sebagai contoh, saya mahu mengembara selama empat minggu atau sebulan, malah ada keinginan mahu ke luar negara selama setahun.

“Namun, saya tidak dapat melakukan semua itu kerana status saya sekarang yang sudah bergelar seorang ibu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon ini enggan membiarkan perasaan itu membelenggu dirinya kerana menyedari tanggungjawab terhadap keluarga adalah keutamaan yang paling hakiki.

“Saya fikir balik, perasaan mahu pergi mengembara atau melakukan apa sahaja keinginan peribadi itu hanyalah bersifat sementara.

“Apa yang lebih penting adalah menjalankan tanggungjawab wajib iaitu menjaga anak-anak. Itu perkara yang jauh lebih penting bagi saya sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga bersama anak sulung kepada penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here