Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Kebanyakan masyarakat kita, gemar menyimpan makanan atau lebihan makanan di dalam peti sejuk.
Tetapi, ketahuilah tidak semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Meskipun ia sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai untuk elak makanan basi dan pembaziran, namun cara itu cukup berbahaya.
Mungkin ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan yang boleh mengundang risiko kepada manusia sekiranya disimpan dalam tempoh tertentu dalam peti sejuk.
Makanan seperti bawang putih, bawang merah, halia dan nasi adalah makanan yang boleh bertukar toksik sekiranya disimpan berterusan dalam peti sejuk.
Tabiat orang ramai menyimpan bawang putih dalam peti sejuk adalah tidak baik, ini kerana ia boleh berkulapuk (iaitu sejenis kulat yang tumbuh dalam persekitaran lembap dan hangat).
Di pasaraya, ada juga bawang putih yang sudah dikupas, kemudian diletakkan dalam peti sejuk dan dijual, ia sebenarnya boleh menyebabkan pertumbuhan kulapuk dengan cepat.
Apabila hal itu berlaku, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen kerana terdedah kepada Clostridium Botulinum (mikroorganisma patogenik).
Kedua, ramai juga yang tidak terlepas melakukan kesilapan dengan membelah separuh bawang, memasaknya dan menyimpan separuh lagi dalam peti sejuk.
Hal ini kebiasaannya berlaku bagi mengelak pembaziran, namun ia boleh mengundang bahaya kerana apabila menyejukkannya, kanji akan bertukar menjadi gula seterusnya boleh memerangkap kulapuk.
Ketiga, makanan seperti halia juga perlu elak disimpan di tempat sejuk dan sebaiknya simpan di tempat kering kerana boleh dikaitkan dengan kegagalan buah pinggang dan hati.
Akhir sekali, ini sangat ketara kerana ramai yang sering menyimpan lebihan nasi dalam peti sejuk.
Sebenarnya ia boleh disimpan namun, hendaklah tidak melebihi 24 jam kerana nasi antara bahan yang paling cepat memerangkap kulapuk.
Sekiranya nasi itu dipanaskan semula sentiasa periksa nasi itu, elak panaskan nasi tersebut lebih daripada sekali.
IMedikel TV






