Home Buletin Semasa KBMC AGIH 120 JUADAH BERBUKA PUASA

KBMC AGIH 120 JUADAH BERBUKA PUASA

306
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kota Bharu Medical Centre (KBMC) mengambil peluang mengagihkan 120 juadah berbuka puasa secara percuma untuk orang ramai yang melalui perkarangan KBMC di sini, semalam.

Pihak KBMC turun padang untuk mengagihkan juadah itu secara beramai-ramai sekaligus menyantuni masyarakat di sekitarnya.

Juadah berbuka tersebut diagihkan menerusi Program Infaq Qaseh Ramadhan selama empat hari sepanjang bulan Ramadhan iaitu pada 17, 24, 31 Mac dan 7 April.

Pihak KBMC membuat kerja pembungkusan lauk itu secara berkumpulan dalam suasana ceria dan mesra di dapurnya kemudian mula diagihkan pada jam 3 petang.

Selain itu, tahun ini merupakan musim ketiga pihak KBMC menyediakan lauk percuma sebaik tibanya bulan Ramadhan.

Pada hari pertama program itu dilaksanakan, kelihatan raut wajah orang ramai gembira dan terharu sebaik sahaja menerima juadah tersebut.

Hadir sama sepanjang program itu, Ketua Pegawai Eksekutif KBMC, Mohd Nazri Yaacob yang merasmikan program tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here