Home Luar Negara PUTIN MENANG PILIHAN RAYA PRESIDEN RUSIA

PUTIN MENANG PILIHAN RAYA PRESIDEN RUSIA

191
0

MOSCOW: Vladimir Putin mendahului pilihan raya presiden di Rusia dengan 87.3 peratus undi, selepas 99.94 peratus undi dikira, menurut data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC) pada Isnin, lapor Sputnik.

Pencabar Putin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Artik dan Timur Jauh Dewan Rakyat Nikolai Kharitonov menduduki tempat kedua setelah menerima 4.32 peratus undi.

Timbalan Pengerusi Dewan Rakyat Vladislav Davankov memperoleh 3.83 peratus undi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat, Leonid Slutsky memperoleh 3.20 peratus undi. – BERNAMA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here