Home Buletin Semasa ELAK NORMALISASI ISU ‘CHILDFREE’

ELAK NORMALISASI ISU ‘CHILDFREE’

410
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU:  Tular di media sosial baru-baru ini tentang perkongsian pasangan suami isteri muda yang memilih untuk “childfree.”

Childfree ialah satu istilah yang merujuk kepada pilihan individu atau pasangan untuk tidak memiliki anak dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak.

Ibu kepada tiga orang anak, Wizana Abdullah, 40, berkata dia tidak bersetuju dengan mana-mana pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak.

Ibu kepada tiga orang anak, Wizana Abdullah, 40, berkata dia tidak bersetuju dengan mana-mana pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak.


“Salah satu tujuan berkahwin adalah untuk meneruskan generasi dan keturunan. Memang lah yang amalkan childfree ini dia cakap tidak mampu sebab perlukan komitmen apabila ada anak. Mereka risau tidak dapat focus dan beri perhatian dan anak-anak terabai disebabkan halangan kewangan.

“Tetapi jika kita berbalik kepada agama Islam, mereka yang mempunyai anak ini semakin bertambah rezeki dan anak adalah pembawa rezeki, kita menumpang rezeki anak-anak,”katanya.

Tambahnya, anak adalah anugerah yang tidak ternilai dan penguat kasih saying suami isteri.

“Kehidupan rumahtangga akan sunyi kalau kita hanya hidup berdua sahaja dengan pasangan. Jadi saya tidak bersetuju dengan trend childfree masyarakat masa kini. Semoga trend ini tidak mempengaruhi masyarakat kita secara meluas,”katanya.

Che Siti Fatimah berkata anak adalah satu anugerah bukan beban kepada ibu bapa.

Che Siti Fatimah Che Zakaria, 38, berkata ramai pasangan yang sudah berkahwin menginginkan kehadiran cahaya mata, tetapi diuji dengan keguguran, mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan zuriat malah ada yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak sendiri sehingga ada yang mengambil anak angkat.

“Sebenarnya satu trend tidak baik terutama bagi orang melayu Islam. Rugi lah kahwin tapi tak nak zuriat sendiri sedangkan zuriat itu lah tanda cinta dan ikatan dalam perhubungan suami isteri walau hakikatnya ada yang jodohnya tidak panjang.

“Saya sangat tidak bersetuju dengan fahaman ini yang mengatakan anak ini satu beban kepada ibubapa khususnya dari segi kewangan,”katanya.

Che Siti Fatimah juga ibu kepada lima orang anak itu, berkata mereka yang mengamalkan chlidfree ni mungkin ada “trauma masa lampau” atau trauma dengan keadaan sekeliling yang membuatkan fikiran mereka menjadi keliru. “Cuma agak tidak sesuai apabila keinginan untuk tidak punya anak diberitahu dikhalayak umum (platform media sosial) seolah-olah mereka tidak faham agama,”katanya.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here