Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Setiap pasangan mengimpikan zuriat yang sihat sebagai pelengkap rumahtangga mereka.
Begitu juga ibu bapa mengharapkan anak dalam kandungannya dilahirkan dalam keadaan normal dari segi fizikal dan mental.
Namun, anak dalam kandungan ibu berpotensi menghidap sindrom down atas beberapa faktor.
Hal ini boleh menimbulkan suatu pengalaman yang mencabar dan penuh emosi terhadap keluarga tertentu kerana risau akan keadaan dan nasib anak tersebut selepas kelahirannya.
Sindrom down adalah keadaan genetik yang berlaku akibat kelainan pada kromosom 21.
Oleh sebab itu, mereka mempunyai kebarangkalian untuk mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran dan ciri-ciri fizikal.
Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan bayi dalam kandungannya bebas sindrom down.
Wanita yang mengandung boleh mengamalkan pengambilan asid folik, zink, selenium dan magnesium.
1. PENGAMBILAN ASID FOLIK
– Apabila bayi berkembang awal semasa kehamilan, asid folik membantu membentuk tiub saraf. Ini sangat penting kerana ia boleh membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran utama pada otak bayi (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida). Tiub saraf membentuk otak dan tulang belakang awal.
2. ZINK
– Zink membantu dalam perkembangan dan fungsi sistem imun, boleh melindungi ibu dan janin daripada jangkitan.
– Ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang normal.
3. SELENIUM
– Selenium adalah komponen penting untuk melindungi sel daripada kerosakan oksidatif. Ini penting untuk melindungi sel janin daripada tekanan oksidatif.
– Selenium penting untuk metabolisme hormon tiroid, yang mempengaruhi perkembangan otak dan pertumbuhan janin.
4. MAGNESIUM
– Magnesium membantu dalam fungsi normal otot dan saraf, termasuk mencegah kekejangan otot pada ibu mengandung.
– Ia juga boleh membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah, yang penting untuk mencegah komplikasi kehamilan seperti diabetes.
Walaubagaimanapun, bagi mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan memastikan perkembangan janin yang optimum, ibu mengandung perlu memastikan mereka mendapat pemakanan yang seimbang yang merangkumi semua nutrien penting.
Ini termasuk pengambilan vitamin melalui diet atau suplemen.
IMedikel TV






