Home Segmen Kesihatan ELAK MAKAN BERLEBIHAN KETIKA BERBUKA

ELAK MAKAN BERLEBIHAN KETIKA BERBUKA

159
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Bulan Ramadan sudah tentu keinginan untuk makan pelbagai jenis makanan sangat tinggi sehinggakan ada dalam kalangan kita makan berlebihan.

Apa itu makan berlebihan ketika berbuka puasa?

Umumnya, makan berlebihan ini adalah makan dalam kuantiti yang besar ketika berbuka setelah berpuasa sepanjang hari.

Untuk artikel kali ini, penulis akan menceritakan tentang kesan negatif terhadap kesihatan apabila makan berlebihan ketika berbuka puasa.

Tanpa kita sedari, ia boleh mendatangkan kesan pada sistem pencernaan setelah ia berehat daripada menerima makanan.

Selain itu, ia juga boleh meningkatkan tahap bacaan gula dalam darah dan berisiko terhadap pesakit diabetes.

Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan obesiti dan peningkatan kolesterol dalam badan individu itu.

Ini kerana, sudah tentu kita tahu bahawa individu yang berpuasa pada bulan Ramadan pasti diselubungi dengan nafsu makan yang membuak-buak serta pilihan makanan yang pelbagai di bazar Ramadan.

Namun, kita digalakkan untuk tidak makan secara berlebihan dan perlu mencegah tabiat tersebut dengan cara:

1.Mula berbuka puasa dengan kurma dan air: ikut sunnah dan elak kejutan pada sistem pencernaan.

2.Makan secara berperingkat: mula dengan makanan ringan, solat maghrib dahulu kemudian baru makan makanan berat.

3.Elak makanan berlemak dan gula tinggi: kurangkan makanan berminyak, manis, dan berkarbonat.

4.Amalkan suku-suku separuh: 50 peratus sayur-sayuran dan buah-buahan, 25 peratus protein dan 25 peratus karbohidrat.

Berbuka secara sederhana bukan sahaja menyihatkan tubuh badan kita, tetapi juga mengelakkan daripada rasa kembung dan tidak selesa pada perut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here