Home Buletin Semasa DUA WARGA EMAS TERPERANGKAP, KELISA TERJUNAM DALAM LONGKANG

DUA WARGA EMAS TERPERANGKAP, KELISA TERJUNAM DALAM LONGKANG

Oleh: Wartawan IMedikel TV

PENANG: Dua warga emas berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Kelisa dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Lorong 8, Jalan Pokok Tampang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing lelaki berusia 85 tahun dan wanita berusia 78 tahun, dilaporkan terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.15 pagi berhubung kejadia itu.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah Perodua Kelisa terbabas ke dalam longkang dengan dua mangsa masih terperangkap di dalamnya.

“Komander operasi membuat penilaian awal sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) lengkap dengan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) menjalankan operasi menyelamat.

“Pasukan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Seramai lapan anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor terlibat dalam operasi berkenaan.
Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.39 pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here