Home Luar Negara DUA RUMAH ‘PUFF DADDY’ DISERBU PENGUAT KUASA AS

DUA RUMAH ‘PUFF DADDY’ DISERBU PENGUAT KUASA AS

169
0

Los Angeles: Rumah milik Sean “Diddy” Combs diserbu oleh ejen persekutuan pada hari Isnin, ketika mogul hip hop Amerika Syarikat berdepan dakwaan pemerdagangan seks dan tindakan undang-undang berhubung serangan seks.

Ejen bersenjata dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri memasuki dua hartanah mewah di Pantai Timur dan Pantai Barat AS , dengan rakaman video menunjukkan helikopter berlegar-legar di udara dan kehadiran penguat kuasa undang-undang yang besar di lapangan.

Sumber mengesahkan kepada AFP bahawa Combs adalah sasaran serbuan itu.

Media di Los Angeles menyiarkan rakaman udara kehadiran besar-besaran di kediaman Holmby Hills yang megah yang dikaitkan dengan Combs – seorang artis dan penerbit yang juga dikenali sebagai Puff Daddy.

Ejen bersenjata lengkap boleh dilihat di sekeliling hartatanah yang luas itu, dengan rakaman menunjukkan individu tidak dikenali ditahan di tempat kejadian.

Portal hiburan TMZ berkata, gambar kelihatan menunjukkan anak lelaki Combs, Justin dan King Combs dalam keadaan tangan mereka bergari.

TMZ berkata, ia juga mempunyai rakaman serbuan ke atas hartanah tepi air mewah di Miami yang mempunyai kaitan dengan Combs.

Tiada pengesahan rasmi segera mengenai apa yang mencetuskan serbuan itu, tetapi pembabitan Keselamatan Dalam Negeri dalam serbuan besar yang diselaraskan di dua lokasi, mencadangkan dakwaan yang serius.

Perkembangan itu ketika tekanan undang-undang yang semakin meningkat ke atas penyanyi rap, yang menghadapi sekurang-kurangnya empat saman daripada orang yang mengatakan dia mendera mereka secara seksual, sejak beberapa dekad lalu.

Combs menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadapnya. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here