Home Buletin Semasa DUA REMAJA HILANG SELEPAS MANDI SUNGAI, OPERASI SAR DITERUSKAN HARI INI

DUA REMAJA HILANG SELEPAS MANDI SUNGAI, OPERASI SAR DITERUSKAN HARI INI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kampung Batu Lada Aur Duri, di sini, petang semalam, masih belum ditemui sehingga operasi ditamatkan malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Rayyan Hakimi dan Luth Naim.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagaimanapun akan diteruskan hari ini bagi mengesan kedua-dua mangsa.

“Mangsa masih belum dijumpai dan operasi akan diteruskan hari ini,” katanya ketika dihubungi kru IMedikel TV pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.39 petang sebelum sepasukan anggota BBP Kuala Krai digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 6.46 petang, kira-kira tujuh minit selepas menerima panggilan.

“Setibanya pasukan di lokasi, Komander Operasi mengesahkan kejadian membabitkan dua lelaki remaja berusia 14 tahun yang dikatakan lemas ketika mandi di sungai,” katanya.

Katanya, keadaan cuaca ketika kejadian turut dilaporkan hujan lebat, yang boleh menyukarkan operasi pencarian.

Operasi membabitkan tujuh anggota.

Pasukan turut menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan utiliti Hilux bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here