Home Sukan SERAMAI 1,440 ATLET BURU PINGAT MSSM

SERAMAI 1,440 ATLET BURU PINGAT MSSM

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Seramai 1,440 atlet akan bersaing memburu pingat pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-66 2026 pada 21-25 September depan di Stadium Darulmakmur, di sini.

Kejohanan membabitkan 16 kontinjen negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya membabitkan kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan.

Urus setia kejohanan, Syed Ahmad Shobaudin Syed Abdullah berkata, sebanyak 13 acara padang dan balapan dipertandingkan di Stadium Darulmakmur membabitkan tujuh acara dan dan Kompleks Belia dan Sukan Pahang (KOMBES) enam acara.

“Selaku tuan rumah kejohanan olahraga MSSM kali ini pihaknya akan berusaha memberi yang terbaik dalam memastikan kejohanan berkenaan berjalan dengan lancar dan memuaskan setiap kontinjen yang mengambil bahagian,”katanya.

Katanya, kemudahan trek yang baharu diharap dapat memberi kelebihan buat atlet untuk memberi persembahan terbaik seterusnya berpeluang mencipta rekod baharu kejohanan.

“Selaku tuan rumah kita kini telah bersedia menerima kehadiran atlet dan pegawai, semua kemudahan sepanjang kejohanan disediakan bagi keselesaan semua pihak.

“Majlis perasmian pembukaan kejohanan diadakan pada 20 September di Stadium Darul Makmur, 8 malam dan majlis penutup kejohanan diadakan pada 25 Ogos di Stadium Darul Makmur, bermula 3 petang,” katanya.

Seramai 320 pegawai termasuk pengadil terbabit menguruskan kejohanan yang menjadi pentas mencungkil bakat baharu untuk mewakili negara suatu hari nanti.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here