Home Buletin Semasa DUA LELAKI DITAHAN SELUDUP LEBIH 3000 TANAMAN ORKID

DUA LELAKI DITAHAN SELUDUP LEBIH 3000 TANAMAN ORKID

130
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Dua lelaki berumur 37 dan 34 tahun ditahan kerana melakukan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di Chabang Empat Tumpat, di sini, pada Jumaat.

Menurut ciapan facebook Pasukan Gerakan Am (PGA), pihaknya melakukan serbuan terhadap sebuah lori pada jam 12.15 pagi dan merampas sebanyak 3,800 anak pokok Orkid dan dua kotak pancang buluh yang dipercayai diseludup dari negara jiran tanpa dokumen yang sah.

“Kedua-dua suspek itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan termasuk kenderaan adalah sebanyak RM720,300,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

PGA komited mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here