Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang disyaki memiliki senjata dan dadah yang dikesan di Kampung Degong, di sini, pada Jumaat.
Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, dalam kejadian kira-kira jam lebih kurang jam 7.00 pagi itu sepasukan anggota Batalion (BN) 9 PGA menyerbu sebuah pondok di kampung tersebut dalam Op Taring Wawasan, di sini.
“Dalam kejadian itu, dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.
“Hasil pemeriksaan menjumpai selaras senjata jenis Rifle/Carbine, selaras senjata jenis Pump Gun, 124 butir peluru hidup, 76 gram dadah jenis ganja, 27 biji pil Yaba dan 6.2 gram dadah jenis syabu. Dua unit telefon bimbit disyaki milik suspek turut dirampas dalam serbuan itu,”katanya dalam kenyataan.

Katanya dua suspek tersebut berumur 19 dan 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
“Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati kedua suspek positif dadah jenis Methamphetamine,”katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Sek 39A, Sek 12(2) serta 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
IMedikel TV






