Home Buletin Semasa DUA LELAKI BERTUMBUK DEKAT CIQ BSI DITAHAN

DUA LELAKI BERTUMBUK DEKAT CIQ BSI DITAHAN

126
0

Johor Bharu, JOHOR: Dua lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, 22 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dua suspek lelaki yang juga penunggang motosikal warga tempatan dan bekerja di Singapura, bergaduh sesama sendiri selepas berlaku pergeselan di laluan motosikal bangunan itu dari arah Singapura masuk ke Malaysia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata selepas saling cabar mencabar, kedua-dua suspek bergerak ke arah luar bangunan dan kemudian mula bertumbuk.

“Kejadian ini berpunca apabila seorang daripada mereka yang berada di belakang tergesel motosikal seorang lagi suspek ketika mereka lalu di laluan motosikal CIQ, BSI.

“Akibat tidak berpuas hati, berlaku cabar mencabar antara mereka berdua yang kemudian ajak bergaduh di luar bangunan.

“Tiba di luar (bangunan), mereka mula bertumbuk seperti yang boleh disaksikan dalam video tular,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS, di sini, hari ini.

Raub berkata, suspek pertama berusia 27 tahun kini direman empat hari sehingga esok. Suspek mempunyai dua rekod kes dadah dan ketika ditahan juga positif ganja.

“Semalam, seorang lagi suspek berusia 34 tahun ditahan di sekitar daerah ini dan perintah reman akan dikeluarkan hari ini,” katanya.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here