Home Buletin Semasa DUA DITAHAN, SELUDUP 4,000 PELBAGAI JENIS ANAK POKOK BERNILAI RM540,000

DUA DITAHAN, SELUDUP 4,000 PELBAGAI JENIS ANAK POKOK BERNILAI RM540,000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Dua lelaki ditahan bersama 4,000 pelbagai jenis anak pokok bernilai RM540,000 dipercayai diseludup dari Thailand dalam kejadian di sekatan jalan raya, Lalang Pepuyu, di sini, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan AM (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 9 PGA pada jam lebih kurang 6 petang.

“Dalam kejadian itu, pihak kami menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat hampir 4,000 pelbagai jenis anak pokok dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut. Tanaman hiasan ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit,”katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya suspek dua lelaki berumur 34 tahun itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tanaman tersebut ke pasaran tempatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

Menurutnya suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here