Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,500 unit rokok elektronik bernilai RM262,000 di Pengkalan Haram Paija, di sini, pada Ahad.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan AM (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 8 PGA kira-kira jam 11.00 malam apabila menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram dalam Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan mendapati lebih 2500 unit rokok elektronik ditemui di dalam kereta tersebut. Rokok tersebut dipercayai diseludup,”katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






