Home Buletin Semasa DUA CEDERA SELEPAS LORI TERBABAS JATUH GAUNG 3 METER

DUA CEDERA SELEPAS LORI TERBABAS JATUH GAUNG 3 METER

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Dua lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya apabila sebuah lori terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Kuala Krai–Laloh–Gua Musang, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Ahmad Idris Mohammed memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 4.44 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi kejadian dengan kekuatan lapan anggota termasuk pegawai.

“Setibanya di lokasi pada jam 5.06 pagi, pasukan mendapati sebuah lori terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter.

“Terdapat dua mangsa lelaki dewasa; seorang tidak tersepit namun mengalami kecederaan, manakala seorang lagi tersepit di bahagian pemandu,”katanya.

Beliau berkata pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 5.27 pagi untuk tindakan lanjut.

Jelasnya operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.22 pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here