Home Buletin Semasa DR ZULKIFLI SERU UMAT ISLAM SOLAT HAJAT ESOK

DR ZULKIFLI SERU UMAT ISLAM SOLAT HAJAT ESOK

68
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan Solat Hajat di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan pada Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Asia Barat yang kini berdepan krisis peperangan yang semakin meruncing.

Dalam kenyataan media semalam, JAWI memaklumkan solat tersebut akan diadakan sejurus selepas solat Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan Solat Hajat berkenaan adalah bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan agar umat Islam di negara ini bersama-sama memanjatkan doa demi keamanan sejagat, khususnya di Asia Barat.

“Umat Islam di Wilayah Persekutuan diseru untuk bersama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar situasi di Asia Barat kembali aman dan peperangan dapat dihentikan dengan kadar segera,” menurut kenyataan itu.

“Dengan itu umat Islam boleh mengambil kesempatan pada fasa 10 malam terakhir Ramadan untuk terus memperbanyakkan doa dan ibadah, termasuk memohon keselamatan bagi umat Islam di rantau Asia Barat serta merebut kelebihan malam Lailatulqadar,”menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JAWI menegaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus serta menyelaras hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan, pihaknya sentiasa prihatin terhadap isu semasa yang membabitkan umat Islam.

JAWI juga komited untuk terus memperkasa agenda kebajikan dan kesejahteraan umat Islam khususnya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here