KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh bersedia menggalas tanggungjawab lebih besar sekiranya terpilih pada kongres pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berlangsung bulan depan.
Beliau yang bakal bertanding untuk merebut jawatan sebagai naib presiden FAM agak terkejut apabila tular namanya antara yang disebut untuk menyandang jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.
“Mereka (presiden FAM Tan Sri Hamidin Amin dan timbalan presiden Datuk Yusoff Mahadi) menemui saya dan pertimbangkan untuk bertanding pada pemilihan itu.
“Saya terkejut apabila senarai itu viral…saya telah menerimanya beberapa kali. Namun, setakat ini belum rasmi, hanya menunggu pengesahan terlebih dahulu.
“Saya bersedia untuk berkhidmat demi bola sepak negara jika diperlukan,” katanya.
Sebelum itu, Arena Metro melaporkan kongres pemilihan FAM yang berlangsung bulan depan sudah pastinya menampilkan dengan elemen kejutan apabila dikhabarkan tiga bekas pemain kebangsaan bakal membuat kemunculan untuk merebut jawatan yang dipertandingkan kelak.
Menurut sumber Arena Metro memaklumkan bahawa Dollah bakal membuat kemunculan dengan merebut jawatan Naib Presiden FAM.
Beliau berkata, turut akan mengikut jejak langkah itu adalah rakan karibnya Datuk Zainal Abidin Hassan yang mungkin dicalonkan sebagai Exco badan induk bola sepak negara itu.
Selain itu, sumber juga memaklumkan bahawa seorang lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Ramlan Askolani turut berada dalam senarai pencalonan bagi merebut jawatan dalam FAM. – HMetro Online –
IMedikel TV






