Home Sukan DJOKOVIC MULAKAN MUSIM 2026 DI ADELAIDE

DJOKOVIC MULAKAN MUSIM 2026 DI ADELAIDE

ADELAIDE: Novak Djokovic dijadual kembali beraksi bulan depan apabila menyertai Kejohanan Adelaide International di Australia, menurut penganjur kejohanan itu pada Selasa.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, kejohanan ATP 250 berkenaan akan berlangsung dari 12 hingga 17 Januari.

Djokovic, 38, berkata dia masih ingat kenangan sambutan hangat yang diterimanya ketika menjuarai kejohanan itu pada 2023.

“Ia benar-benar terasa seperti bermain di gelanggang sendiri. Sokongan yang saya terima sepanjang 10 hari itu adalah sesuatu yang jarang saya alami dalam hidup saya.

“Terima kasih kepada semua yang hadir menyokong saya dalam setiap perlawanan,” kata juara Grand Slam 24 kali dari Serbia itu.

Adelaide International menjadi kejohanan pemanas badan penting menjelang Terbuka Australia, di mana Djokovic adalah juara 10 kali.

Saingan awal Terbuka Australia akan bermula pada 18 Januari, manakala perlawanan akhir perseorangan lelaki dijadualkan berlangsung pada 1 Februari depan. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here