Home Buletin Semasa DELEGASI GLOBAL SUMUD FLOTILLA MALAYSIA DALAM PERJALANAN PULANG KE TANAH AIR

DELEGASI GLOBAL SUMUD FLOTILLA MALAYSIA DALAM PERJALANAN PULANG KE TANAH AIR

488
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menamatkan misi kemanusiaan ke Gaza dan berdepan detik mencabar ketika ditahan rejim Zionis.

Menurut kenyataan Sumud Nusantara Office di Facebook rasminya, semua aktivis Malaysia yang menyertai misi itu sudah dibebaskan hasil usaha diplomatik berterusan serta kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Türkiye, dan Kerajaan Türkiye.

Delegasi tersebut dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pihak Sumud Nusantara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, serta seluruh rakyat Malaysia atas doa dan sokongan padu yang tidak putus-putus diberikan sejak hari pertama misi itu digerakkan.

 “Semoga perjuangan ini menjadi saksi bahawa solidariti rakyat Nusantara untuk Palestin tidak akan pernah padam. Teruskan doa dan sokongan anda agar perjuangan ini tidak terhenti di sini. Dari Nusantara, suara kita terus bergema untuk Gaza. No More Silence. No More Siege,” menurut kenyataan itu.

Misi Global Sumud Flotilla yang disertai aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara termasuk Malaysia bertujuan membawa bantuan kemanusiaan dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan sekatan rejim Zionis di Gaza.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here