Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas produk kosmetik bernilai RM91,600 dipercayai diseludup dari Thailand yang dikesan di Pengkalan Haram Pak Ali, Kubang Pak Hitam, di sini, pada Khamis.
Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 5.15 petang apabila ternampak seorang lelaki sedang memunggah beberapa kotak ke tebing sungai semasa membuat rondaan Op Taring, di sini.
“Dalam operasi itu suspek melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa. Hasil pemeriksaan mendapati 458 unit barangan kosmetik dipercayai dari Thailand ditemui tanpa dokumen yang sah.
“Produk kosmetik ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.
Hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






