Home Buletin Semasa CUBAAN SELUDUP HAIWAN LIAR GAGAL

CUBAAN SELUDUP HAIWAN LIAR GAGAL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan AM (PGA) merampas haiwan liar di pengkalan haram Perdah 2, Pasir Mas, di sini, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, sepasukan Batalion 8 PGA melihat seorang lelaki sedang memikul guni dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan Op Taring Wawasan.

“Suspek melarikan diri menaiki perahu ke Thailand setelah menyedari kehadiran pihak polis dan meninggalkan guni di tebing sungai.

“Hasil pemeriksaan mendapati seekor tenggiling berada dalam guni tersebut. Tenggiling ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata anggaran rampasan bernilai RM15,000 dan diserahkan ke Perhilitan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here