Home Buletin Semasa CUBAAN SELEWENG 700 LITER PETROL SUBSIDI GAGAL

CUBAAN SELEWENG 700 LITER PETROL SUBSIDI GAGAL

146
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan cubaan penyelewangan minyak petrol subsidi dalam operasi khas di kawasan sempadan melalui Ops Tiris 3.0, pada Isnin. 

Serbuan dijalankan pada pukul 12 tengah hari semalam di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang.

Menurut laporan, pihak berkuasa yang melakukan rondaan rutin di kawasan sempadan mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan penguatkuasa mengekori kenderaan tersebut hingga ke lokasi serbuan, sebelum pemandu bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui timbunan tong jeriken berisi minyak petrol, disyaki cuba diseludup.

Sebanyak 700 liter minyak petrol dengan nilai dianggarkan RM1,435 ditemui dan disita bersama kenderaan Proton Wira Aeroback berdaftar tempatan bernilai RM2,000. Jumlah keseluruhan rampasan bagi kes ini adalah RM3,435.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat melakukan penyelewengan.

KPDN menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyokong inisiatif Kita Gempur dan menjadi sebahagian daripada gerakan massa bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan yang merugikan rakyat serta negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here