Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kambing dan biri-biri bernilai RM109,500 dipercayai untuk diseludup dalam kejadian di Kampung Repek, di sini, pada Selasa.
Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 9 dan turut menahan seorang lelaki berusia 36 tahun.
Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kejadian tersebut pihaknya menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 1.00 pagi.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 57 ekor kambing dan 16 ekor biri-biri ditemui di dalam lori tanpa permit yang sah.
“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kambing tersebut ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






