Home Segmen Kesihatan CUACA PANAS: ELAK MINUM AIR TINGGI KANDUNGAN GULA

CUACA PANAS: ELAK MINUM AIR TINGGI KANDUNGAN GULA

189
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Cuaca panas yang ekstrem pada masa sekarang menyebabkan orang ramai minum air dalam kuantiti yang agak banyak.

Ini kerana tekak akan berasa kering dan memerlukan air setiap masa.

Tetapi, bukan semua jenis air digalakkan untuk diminum pada musim sekarang.

Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa jenis minuman yang tidak digalakkan minum ketika cuaca panas melampau.

Antaranya ialah:

  1. Minuman berkafein: ramai orang gemar akan kopi tetapi sebenanrya minuman itu akan meningkatkan pengeluaran air kencing dan menyebabkan dehidrasi. Sekiranya menginginkan dehidrasi yang baik di dalam badan, elakkan daripada minum kopi dengar kadar tinggi pada musim sekarang.
  2. Minuman tinggi gula: minuman bergas atau mempunyai kandungan gula yang tinggi perlu dielak kerana akan mengakibatkan hidrasi tidak seimbang dan risiko mendapat peningkatan gula dalam badan secara mendadak.

Pakar Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan UPM, Prof Dr Juliana Jalaludin ada mengatakan pengambilan ais pada musim panas memang boleh tetapi minuman ais bergula boleh memudaratkan tubuh badan terutama ketika cuaca panas.

Di samping itu, orang ramai perlu praktik kekerapan minum air kosong agar mencapai enam hingga lapan gelas atau lebih dalam sehari yang menyamai 1.5 hingga dua litre.

Kesan sekiranya terdedah di bawah cuaca panas tidak boleh diambil mudah kerana kebarangkalian mendatangkan penyakit pada diri dan keluarga.

Elakkan berada di luar di bawah cuaca panas atau mengadakan aktiviti luar pada musim ini bagi mengelakkan strok haba atau dehidrasi.

KESAN

  1. Heat syncope: Pitam atau pengsan akibat kepanasan.
  2. Heat cramps: Kekejangan badan akibat daripada cuaca panas.
  3. Heat stroke: Strok akibat kepanasan.
  4. Heat exhaustion: Kepenatan atau keletihan daripada cuaca panas.
  5. Heat fatigue: Kelesuan atau keletihan akibat kepanasan.

Namun demikian, orang ramai boleh menggunakan beberapa tips bagi mengurangkan kesan bahaya apabila terdedah dengan cuaca panas.

TIPS KURANG KESAN BAHAYA KETIKA CUACA PANAS

  1. Pakai pakaian yang ringan, bermaterial 100% kapas, longgar dan berwarna cerah
  2. Hadkan diri daripada melakukan aktiviti luar
  3. Pakai alat pelindung matahari seperti cermin mata hitam, topi atau payung yang besar untuk melindungi diri daripada sinaran matahari.
  4. Memakai losyen pelindung matahari: Amalkan pemakaian sunblock apabila keluar dari rumah.
  5. Jangan bersenam atau melakukan aktiviti dalam cuaca yang terik.
  6. Mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan tubuh badan.

Pastikan kita mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya agar diri sendiri dan keluarga kekal terlindung daripada panas matahari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here