Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Disebalik kecomelan seekor haiwan peliharaan sebenarnya tersembunyi bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sekiranya kaedah penjagaan haiwan peliharaan seperti kucing, hamster atau sebagainya tidak dibuat dengan cara yang betul, ia boleh menimbulkan penyakit berjangkit.
Haiwan tersebut boleh memindahkan jangkitan kulat terhadap manusia yang dinamakan penyakit zoonotik.
Ia berpunca daripada patogen zoonotik yang menjangkiti haiwan itu dan berupaya menjangkiti manusia seterusnya mengganggu sistem tubuh manusia.
Ketahuilah ciri-ciri haiwan peliharaan yang berpotensi menjangkiti manusia dengan penyakit tersebut.
1. Terbiasa dengan persekitaran luar: Haiwan yang sering berada di luar rumah berkemungkinan terdedah kepada patogen daripada haiwan liar atau persekitaran yang tercemar.
2. Sejarah perubatan: Haiwan yang mempunyai sejarah penyakit atau masalah kesihatan mungkin lebih berisiko untuk menjadi pembawa penyakit zoonotik.
3. Kebersihan yang rendah: Haiwan yang tidak dijaga dengan baik dari segi kebersihan, seperti mandi atau membersihkan tempat tinggal, lebih mudah membawa patogen.
4. Interaksi dengan haiwan lain: Interaksi dengan haiwan lain sama ada domestik atau liar, mempunyai risiko lebih tinggi untuk menyebarkan atau menerima penyakit.
5. Jenis haiwan: Sesetengah spesies haiwan lebih cenderung membawa penyakit zoonotik. Contohnya, kucing dan anjing boleh membawa rabies, manakala burung boleh membawa psittacosis.
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan risiko penyakit zoonotik, penting untuk memastikan haiwan peliharaan dijaga dengan baik, diberikan vaksinasi, dan dibawa ke pemeriksaan veterinar secara berkala.
IMedikel TV






