Home Luar Negara CHINA BUKA TEROWONG LEBUH RAYA TERPANJANG DI DUNIA

CHINA BUKA TEROWONG LEBUH RAYA TERPANJANG DI DUNIA

Beijing: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, China mencapai satu lagi mercu tanda penting dalam pencapaian infrastrukturnya apabila membuka terowong lebuh raya terpanjang di dunia, Terowong Tianshan Shengli di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di barat laut negara itu, kepada orang ramai pada 26 Disember lalu.

Memetik laporan Oddity Central, terowong sepanjang 22.13 kilometer (km) itu membolehkan perjalanan antara utara dan selatan Xinjiang hanya mengambil masa 20 minit berbanding beberapa jam melalui jalan pergunungan berbahaya sebelum ini.

Banjaran Gunung Tianshan sepanjang 2,500 km yang merentasi tengah Xinjiang sebelum ini membahagikan wilayah itu kepada bahagian utara dan selatan secara, menyukarkan pergerakan penduduk.

Sebelum pembinaan terowong, perjalanan merentasi gunung memerlukan navigasi jalan bengkang-bengkok pada ketinggian sehingga 4,000 meter (m) yang sangat berisiko.

Laluan lama itu juga kerap ditutup semasa musim sejuk kerana faktor keselamatan menyebabkan pengguna terpaksa mengambil jalan lencongan yang jauh.

Dengan penggunaan teknologi moden, China kini berjaya memintas halangan semula jadi melalui pembinaan terowong lebuh raya gergasi pada ketinggian 3,000 m.

Projek ini dibina dalam persekitaran yang mencabar dengan suhu serendah negatif 42 darjah Celsius semasa musim sejuk, selain terletak di kawasan dengan aktiviti seismik tinggi dan zon sesar yang kompleks.

Meskipun menghadapi cabaran itu, jurutera China berjaya menyiapkannya dalam tempoh lima tahun melalui penggunaan teknologi terkini dan inovasi dalam reka bentuk serta tinjauan terowong ultra panjang.

Jurutera daripada China Communications Construction Co., Miao Baodong berkata, projek itu memerlukan pelbagai teknologi canggih serta pencapaian inovatif dalam teknik pembinaan dan penyelesaian pintar.

Kerajaan memperuntukkan pelaburan sebanyak AS$5 bilion (kira-kira RM20 bilion) untuk merealisasikan terowong berkenaan yang menjadi faktor utama kejayaan projek yang menghubungkan Lebuh Raya Urumqi – Yili itu.

Pembukaan terowong ini sekali lagi menunjukkan betapa majunya China dalam sektor infrastruktur sepanjang beberapa dekad sehingga mampu mengatasi cabaran geografi yang sangat ekstrem. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here